Friday, August 26, 2016

Sebenarnya .. Chegubard Belum Dipecat Dari PKR..


Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh menafikan parti itu telah memecat Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai ‘Chegubard’ kerana didakwa melanggar disiplin.

Sebaliknya, Syed Ibrahim berkata parti itu kini masih menunggu keputusan penuh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berhubung tindakan lanjut ke atas Chegubard.

“Keputusan pecat Chegubard belum rasmi, kita masih tunggu MPP di mana keputusan tersebut perlu diterima semua.

“Setakat ini hanya 2/3 atau boleh saya katakan separuh sahaja yang bersetuju untuk Chegubard di pecat,” kata Syed Ibrahim kepada Malaysiakini.

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan..

KUALA LUMPUR: PKR hari ini memecat Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' kerana didakwa melanggar disiplin parti.

Susulan pemecatan itu, Badrul Hisham yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), dilucutkan daripada segala jawatan dalam parti serta dilarang menjalankan aktiviti atas nama PKR.

Surat pemecatan Chegubard bertarikh 26 Ogos 2016 dikeluarkan Ibu Pejabat PkR dan ditandatangani Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Surat itu menyatakan Jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR yang bermesyuarat pada 4 Ogos lalu membuat keputusan memecat Badrul Hisham mengikut Fasal 41.7 Perlembagaan parti kerana 'menjejaskan imej dan memecah-belahkan parti, seterusnya ingkar dengan arahan parti'.  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186860

Chegubard sebelum ini dilihat agresif mendedahkan kononnya terdapat salah laku dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. 

Malah, Chegubard difahamkan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah laku Azmin hari ini.

Laporan tersebut berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands, Selangor.

Chegubard mendakwa kerajaan negeri pimpinan Azmin memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat ~ Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails