Wednesday, August 3, 2016

Rela Jadi Macai: Zaid Ibrahim Sekolahkan Khairy..


Tidak ada apa yang boleh dibanggakan apabila digelar macai, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim merujuk kepada komen Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Dalam posting terbaru di blognya, Zaid berkata perkataan itu sebenarnya istilah penghinaan yang digunakan zaman dulu bagi merujuk kepada seseorang yang “diperkudakan”.

Zaid berkata walaupun “diingatkan” oleh isterinya jangan membuat komen terhadap kenyataan menteri kerana ia akan membawa masalah kepadanya, beliau tidak dapat menahan diri untuk respons kepada “ahli Kabinet kedua paling layak” Khairy (selepas Datuk Mustapa Mohamed) yang berkata tidak apa untuk Melayu Umno digelar macai.

“Ketika zaman saya membesar, rakan Cina saya akan berhati-hati ketika menggunakan perkataan ‘macai’ di depan kita orang Melayu. Dalam Kantonis, perkataan itu bermaksud seseorang yang ‘diperkudakan’.

“Melayu generasi saya rasa bangga dengan nenek moyang kami dan karakter, walaupun kami orang miskin dari kampung. Kami sudah tentu bantah digambarkan sebagai macai sama ada daripada kawan Cina atau Melayu.

“Sebagai kanak-kanak, tidak mungkin kita mahu membesar jadi macai orang lain,” tulisnya. Beliau berkata situasi sekarang mungkin berbeza dengan “generasi baharu Melayu”, diketuai pemimpin seperti ahli Parlimen Rembau, yang tidak terjejas dengan lencana macai.

“Ini sememangnya transformasi budaya baharu yang Umno bawa kepada Melayu.

“Saya merayu kepada belia Melayu untuk menolak nasihat Khairy. Kita mesti bangga sebagai insan dan tidak boleh membenarkan sesiapa menggunakan kita sebagai macai. Kita mesti bertanggungjawab untuk pembangunan Melayu dengan mengajar mereka nilai yang betul.

“Khairy ada hak untuk jadi macai tetapi itu hanya betul untuknya. Kita tidak patut ikut,” katanya.

Semalam, Khairy yang juga ketua Pemuda Umno berkata ahli Umno mesti mempertahankan presidennya Datuk Seri Najib Razak, meskipun digelar macai lapor FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails