Wednesday, August 3, 2016

Bubar DUN Terengganu?.. Berani Ke BN Tu??


Pilihan raya mengejut negeri Terengganu hampir pasti diadakan setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said bakal berdepan tindakan disiplin Umno kritikannya terhadap parti itu.

Pada masa ini, BN menguasai 17 kerusi dalam dewan undangan negeri (DUN) Terengganu manakala PAS mempunyai 14 kerusi tersebut dan PKR pula hanya diwakili seorang ADUN.

Jika Ahmad dipecat dari Umno dan beliau mengadakan sekutu dengan pembangkang, DUN Terengganu akan menyaksikan bilangan kerusi setara (16-16) antara kerajaan dan pembangkang yang boleh menjurus kepada pilihan raya mengejut.

Bagaimanapun, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, beliau bertegas untuk tidak akan membubarkan DUN, menurut laporan The Star.

Pada masa yang sama, tambah Ahmad Razif, beliau telah menyerahkan nasib Ahmad Said kepada parti.

"Kami akan mengambil tindakan berdasarkan disiplin parti...jika seseorang melakukan kesalahan, kita akan ambil tindakan. Jika katalah saya salah, tindakan juga perlu diambil.

"Kami menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno untuk berurusan dengannya, jika beliau salah, salahlah. Kami di badan perhubungan Umno negeri akan hantar laporan kepada peringkat tertinggi untuk diambil tindakan.

"Ini adalah asas yang perlu dimartabatkan parti yang berprinsip (seperti Umno)," katanya, memetik laporan Bernama di Kuala Terengganu, semalam lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails