Tuesday, August 16, 2016

Penumpang Malindo Air Terkandas Akibat Perkataan 'Bom'


Tindakan sepasang suami isteri menyebut perkataan `bom’ sewaktu berurusan di kaunter pendaftaran masuk terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini menyebabkan penerbangan sebuah pesawat Malindo Air terpaksa ditangguhkan hampir dua jam hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10.45 pagi apabila seorang kakitangan syarikat Malindo Air yang bertugas di kaunter itu terdengar perbualan suami isteri berkenaan yang menyebut perkataan bom.

Berikutan tindakan pasangan berusia lingkungan 40 dan 50-an tersebut, pesawat Malindo Air yang dijadualkan berlepas dari LTAM ke Pekanbaru, Indonesia pada pukul 12.15 tengah hari terpaksa ditangguhkan selama dua jam bagi tujuan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, pasukan forensik dan Unit Pemusnah Bom yang membuat pemeriksaan pada beg penumpang tidak menemukan sebarang objek mencurigakan atau berbahaya.

“Soal siasat ke atas saksi mendapati kejadian itu berpunca ekoran salah faham dan tidak melibatkan ancaman bom. Kejadian ini berlaku disebabkan masalah komunikasi antara penumpang dan pekerja di lapangan terbang berkenaan,” katanya ketika ditemui di lapangan terbang itu.

Menurut Shaikh Abdul Adzis, pesawat Malindo Air yang membawa 38 penumpang itu kemudian dibenarkan berlepas pada pukul 2.10 petang selepas disahkan selamat.

Pasangan penumpang yang sebelum itu ditahan untuk membantu siasatan turut berlepas ke lokasi sama petang tadi tetapi menggunakan pesawat berasingan. - UTUSAN ONLINE

Aku siarkan berita ni sebab aku antara yang terkandas tu.. flight nak balik ke Pulau Pinang pun delay dua jam lebih..buang masa betul..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails