Monday, August 15, 2016

Nong Chik Akui Dapat Banyak Perniagaan Zaman Mahathir


Kata Nong Chik “Saya berterus terang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, rezeki saya lebih baik semasa Dr Mahathir, baik kepada keluarga saya atau pada diri saya. Saya dapat banyak perniagaan semasa zaman Dr Mahathir. Sekarang lagi susah nak dapat perniagaan.

Secara umumnya dari kenyataan Nong Chik itu ianya boleh ditafsirkan sebagai di zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri ekonomi negara berkembang maju, jadi banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul tapi di zaman Najib.. hmmm.. apa yang berkembang entahlah, yang jelas hutang negara saja berkembang..

Selain itu kenyataan Nong Chik juga boleh ditafsirkan sebagai mengatakan beliau bukanlah kroni Najib walaupun beliau menyokong Najib.. jadi dia mahu Najib hulur sikit projeklah tu..

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR : Bekas menteri Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal hari ini akui rezekinya lebih baik ketika Malaysia diperintah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nong Chik menjelaskan beliau mendapat banyak perniagaan ketika itu berbanding sekarang.

“Saya berterus terang kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, rezeki saya lebih baik semasa Dr Mahathir, baik kepada keluarga saya atau pada diri saya. Saya dapat banyak perniagaan semasa zaman Dr Mahathir. Sekarang lagi susah nak dapat perniagaan.

“Tetapi demi disiplin parti, UMNO Bahagian (Lembah Pantai) tetap bersama-sama kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Beliau berkata demikian ketika partinya berdepan cabaran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditubuhkan oleh bekas pimpinan Umno seperti Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti baharu itu dikatakan akan menarik golongan ahli parti yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.

Nong Chik dalam masa yang sama turut menyatakan Pengerusi Perhubungan UMNO kini iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi merupakan seorang yang pemurah berbanding Muhyiddin.

“Walaupun Tan Sri Muhyiddin pernah jadi bos saya – pengerusi perhubungan – tapi dia tak lah seperti pengerusi perhubungan sekarang.

“Pengerusi perhubungan sekarang memang seorang yang pemurah. Dulu saya dengan Tan Sri Muhyiddin, saya yang terpaksa jadi pemurah,” selorohnya.

Sementara itu, Nong Chik berpandangan Umno sudah menghabiskan banyak masa sedangkan ia perlu menumpukan kepada usaha memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan dalam masa kurang daripada dua tahun lagi.

“Kita lupakan kawan-kawan lama walaupun saya cakap rezeki saya lebih baik semasa zaman Dr Mahathir, kita lupakan…demi agama dan bangsa kita patut bersama-sama dengan kepimpinan Umno,” katanya ~ FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails