Tuesday, August 2, 2016

Naib Ketua Pemuda UMNO Buat Andaian Saja? Kes Ditutup?


Pada 13hb Julai 2016 Berita Harian telah melaporkan seorang lelaki telah ditahan kerana membuat satu laporan palsu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata lelaki berusia 30 tahun yang bekerja di sebuah agensi pekerjaan di bandar raya ini membuat laporan polis, mendakwa disamun sekumpulan lelaki.

Bagaimanapun katanya, hasil siasatan mendapati dakwaan lelaki itu tidak benar dan dia bukan menjadi mangsa samun sehingga menyebabkan kerugian RM25,000.

Ekoran dari itu polis menahan pengadu kerana mereka cerita dan membuat laporan palsu dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada masa sama, Sulaiman menasihatkan orang ramai supaya tidak sesekali membuat sebarang cerita, laporan atau keterangan palsu yang menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan.
"Akibat laporan palsu yang dibuat, ia menyebabkan polis membuang masa atau menjalankan siasatan sia-sia sedangkan ia tidak wujud dan pada masa mana polis sepatutnya memberi tumpuan kepada siasatan kes lain serta usaha pencegahan jenayah," katanya.
Laporan penuh silalah baca di SINI

Itu yang mamat tu dapat bila buat laporan palsu berdasarkan cerita rekaan.. tapi Naib Ketua Pemuda UMNO ni..

Polis tidak akan menyiasat laporan yang dikemukana oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa wujudnya konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut. 
“Kita sudah rakam ucapannya, dan kita dapati Khairul buat cuma membuat laporan itu berdasarkan andaian. 
“Dia tidak dapat kemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa yang didakwanya dalam laporannya. 
“Jadi PDRM tidak berhajat untuk meneruskan siasatan, kita telah memberhentikan siasatan,” katanya kepada wartawan. 
Khalid juga berkata Khairul tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu. 
“Tidak, dia mungkin baca laporan dari akhbar, dan dia mendengar cerita, dia ada sebab untuk buat laporan polis. 
“Tetapi apabila kita temubual dia, kita mendpti apa juga yang dituduhnya itu cuma berdasarkan cakap dengar dan juga apa yang dia baca, jadi andaian kita tak boleh teruskan,” katanya. 
Dalam laporan minggu lalu, Naib Ketua Pemuda Umno itu menamakan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkonspirasi terhadap Najib dan kerajaan.
Beliau mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran. 
Khairul juga mendakwa bahawa ketiga-tiga mereka juga memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka. 
Mengulas lanjut, ketua polis negara turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan polis sebarangan jika mereka tidak mempunyai bukti yang mencukupi. 
“Kalau tidak ada alasan-alasan yang kukuh, jangan buat sebarang tuduhan. Jadi kalau benda itu apa orang kata tidak berasas, buang masa kita saja,” katanya. 
Khalid juga berkata pemimpin Pemuda Umno itu juga telah diberikan nasihat supaya tidak mengulangi perkara sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti. 
Menjawab soalan wartawan, beliau berkata polis juga tidak akan memanggil ketiga-tiga ‘Tan Sri” berkenaan untuk dirakamkan kenyataan mereka. 
“Tidak, kita tidak mahu membuang masa memanggil mereka apabila tidak ada asas untuk berbuat demikian,” katanya lapor Malaysiakini

Kenapa hukumannya tidak sama??



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails