Friday, August 19, 2016

MP Langkawi Kata Pembangkang Manipulasi Kenyataan Dia?


Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad menempelak kumpulan pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang memanipulasi kenyataannya dengan cuba mengheret Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, kenyataan tidak membabitkan Yang di-Pertuan Agong seperti didakwa oleh kumpulan ADUN pembangkang terbabit.

"Kenyataan terbabit dalam laman Facebook saya, tiada kena mengena dengan hal yang dibangkitkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan siasatan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


"Ada dua perkara berbeza dalam hal ini, DOJ sebut MO1 ialah Malaysia Official One, manakala saya pula menyebut Malaysia Official Number One," katanya ketika dihubungi BH.

Hari ini, ADUN pembangkang menggesa Nawawi membuat permohonan maaf kerana mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan isu 1MDB seperti yang disiarkan dalam laman Facebook milik Nawawi.

Nawawi berkata, sebagai rakyat Malaysia bukan satu kesalahan dan sudah menjadi hak peribadinya untuk membuat definisi bagi sesuatu perkara berdasarkan Perlembagaan Negara.

"Saya berpendirian tidak salah bagi saya memberi definisi perkara yang tiada kena mengena dengan hal DOJ dan 1MDB seperti yang cuba dikaitkan oleh kumpulan ADUN terbabit.

"Malaysia Official One yang ada pada kertas pertuduhan DOJ boleh jadi sesiapa sahaja dan saya mentafsir Malaysia Official Number One mengikut perlembagaan negara yang saya faham," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/184132

Hmmm... Pembangkang pulak yang disalahkannya...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails