Friday, August 5, 2016

Menteri UMNO Bantah Bersih 5 Diadakan


Tunjuk perasaan jalanan seperti yang dirancang Bersih 2.0 tidak boleh dibenarkan berlaku, kata Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bercakap kepada pemberita di sambutan Hari Raya Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini, Ismail berkata bukan gabungan reformasi pilihan raya sahaja yang boleh turun ke jalanan setiap kali mereka tidak berpuas hati dengan satu-satu isu.

“Ada juga kumpulan lain yang mahu lakukan perkara yang sama. Malah, mereka boleh buat yang lebih besar.

“Saya difahamkan ada kumpulan yang mahu menunjuk perasaan pada hari yang sama dengan Bersih. Jika benar, pertembungan boleh berlaku.”

Beliau merujuk kepada kumpulan yang dikenali sebagai Baju Merah, diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos. Jamal berkata mereka bersedia untuk berhimpun pada hari yang sama dengan Bersih 5.

Menteri Komunikasi dan Multmedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang turut hadir di majlis yang sama bersependapat, malah beliau bingung dengan niat Bersih 2.0.

Beliau menasihatkan gabungan itu supaya tidak meniru budaya asing yang sering turun ke jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

“Sekiranya mereka tidak berpuas hati, mereka berhak untuk suarakan pendapat mereka semasa pilihan raya. Sementara itu, kita ada saluran lain, seperti Parlimen, wacana politik, dan media.

“Tidak perlu ganggu keamanan dan keharmonian negara. Terutamanya di bulan ini dimana kita akan sambut hari kebangsaan.”

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah semalam mengesahkan Bersih 5 akan diadakan tidak lama lagi, cuma tarikh dan tempat belum dipastikan.

Gabungan itu turut merancang mengadakan jelajah seluruh negara untuk menguja kesedaran tentang saman sitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) terhadap individu yang didakwa melesapkan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) wang 1MDB.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bersetuju memudahkan perhimpunan itu, selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman.

Khalid turut membenarkan himpunan Baju Merah, dengan syarat yang sama dikenakan kepada Bersih 5 lapor Free Malaysia Today


.. Siapa dah kencing dia ni?.. kalau tak tentu dia tak akan keluarkan ayat ni.. “Ada juga kumpulan lain yang mahu lakukan perkara yang sama. Malah, mereka boleh buat yang lebih besar.

Mereka boleh buat lebih besar???... Kah.. Kah.. Kah...


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails