Tuesday, August 23, 2016

Ku Nan Ni Tentu Melampau Kayanya.. Sampai Nak Isytihar Aset Pun Takut..


"Jika saya isytihar aset, anak dan isteri saya mungkin diculik."

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila ditanya mengenai gesaan supaya beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz mengisytihar aset mereka.

Tengku Adnan berkata beliau merupakan seorang ahli perniagaan sebelum menceburi politik dan mempunyai banyak aset.

"Saya tidak akan isytihar aset saya kepada orang ramai. Saya hanya akan isytihar apa yang dikehendaki.

"Setiap tahun saya memang isytihar aset kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) bersama menteri-menteri lain, manakala Datuk Bandar dan Ketua Setiausaha isytihar kepada Ketua Setiausaha Negara," katanya.

Tengku Adnan yang ditemui selepas merasmikan Konvensi ke-10 alumni antarabangsa National Defence Medical Centre (NDMC) di sini berkata setiap kementerian mempunyai unit integriti yang menyelaras isu deklarasi aset.

Pada Jumaat, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fahmi Fadzil membuat gesaan agar Adnan dan Amin Nordin mengistihar aset mereka kepada orang ramai dan menjadi contoh kepada pemimpin dan pegawai kerajaan yang lain.

Sementara itu, ketika mengulas cadangan daripada Presiden Transparency International (TI) Malaysia Datuk Akhbar Satar supaya pemberian tender bagi projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka dan bukan melalui tender secara langsung, Tengku Adnan berkata perkara tersebut sudah lama dipraktikkan oleh kerajaan.

"Kita memang buat tender terbuka melainkan ada kerja-kerja khusus yang memerlukan kepakaran. Dalam hal ini kalau kita bagi tender terbuka, boleh mengundang masalah apabila harga murah ditawarkan dan kerja tidak siap, maka ia merugikan kerajaan.

"Setakat ini, proses kita telus dan kita sedang bekerja keras untuk menghentikan sebarang amalan korup. Setahu saya, ramai yang tidak suka kepada saya kerana saya cuba menutup ketirisan (loopholes) yang dahulu telah menguntungkan sesuatu pihak," katanya.

Pada 15 Ogos lalu, seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan operasi membanteras rasuah secara besar-besaran.

Dua lagi pegawai kerajaan bergelar 'Datuk' juga ditangkap di dalam operasi yang melibatkan rasuah wang tunai dan aset bernilai jutaan ringgit.

Pegawai-pegawai terlibat digantung sementara daripada tugas sehingga siasatan selesai lapor AstroAwani


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails