Thursday, August 4, 2016

Kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno Memalukan KPN Kata Khairuddin


Ketegasan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun bahawa laporan polis ke atas tiga Tan Sri mempunyai asas adalah satu tamparan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kata seorang bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ini, kerana katanya, Khalid mendakwa kenyataan itu berdasarkan andaian sedangkan Khairul Azwan pada sidang medianya berkeras bahawa beliau mempunyai asas dan berbangga kerana berjaya menghalang 'cubaan' untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ini satu tamparan ke muka IGP... Ia amat memalukan bagi Ketua Polis Negara kerana Khairul Azwan menyanggah kenyataannya," kata Khairuddin kepada Malaysiakini.

Menurutnya, jika Khairul Azwan merasakan beliau adalah salah, dirinya akan membuat permohonan maaf dan bertegas dengan laporan polis yang dibuatnya itu.

Naib ketua pemuda Umno itu pada 27 Julai lalu mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipercayai terbabit dalam satu konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan Malaysia yang sah.

Katanya, ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran.

Khairul Azwan juga mendakwa bahawa ketiga-tiga mereka juga memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.

Beliau kemudiannya disoal siasat oleh polis, tetapi Khalid kemudian berkata laporan itu berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.

Khalid juga berkata pemimpin pemuda Umno itu tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu setelah memberinya amaran.

Bagaimanapun Khairul Azwan pada sidang akhbarnya semlam berkeras bahawa laporannya itu bukannya andaian, dan berbangga bahawa Pemuda Umno telah menggagalkan plot untuk menumbangkan Najib.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata ketua polis negara kini perlu menyiasat naib ketua pemuda Umno itu sekali lagi untuk menentukan sama ada beliau benar-benar mempunyai bukti.

"Khairul Azwan bukannya bodoh, dia tahu undang-undang, dia tahu apa yang dilakukannya.

“Adakah IGP cuba menutup atau cover-up bagi pihak Pemuda Umno?" soalnya< lapor Malaysiakini/>


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails