Monday, August 8, 2016

Kenapa Hanya Hadi Tak Hadir Sidang DUN Terengganu?


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal keempat bermula pagì ini dengan semua anggota dewan hadir kecuali Anggota DUN Rhu Rendang, Datuk Seri Hadi Awang.

Sidang bermula 9.30 pagi itu menjadi tumpuan berikutan pelbagai spekulasi berkaitan kemelut politik di Terengganu sejak beberapa hari lepas.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman yang tiba seawal pukul 9.20 pagi kelihatan ceria apabila menghampiri kira-kira 300 penyokong yang menyatakan sokongan terhadapnya.



Semua anggota DUN daripada Barisan Nasional (BN) termasuk Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib hadir.

Sidang yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 1 tengah hari turut menarik perhatian pelbagai perwakilan termasuk pelajar.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd Zubir Embong ketika memulakan persidangan mengingatkan semua pihak supaya memilih ketenangan dan perdamaian serta mengelak permusuhan.

"Jagalah tatatertib yang berhormat, buatlah perkara yang baik untuk rakyat," katanya.

Pada PRU Ke-13, Terengganu dikuasai BN dengan majoriti tipis 17 kerusi, Pas (14) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) (1).

Sementara itu Ahmad Said berkata beliau kini 'keseorangan' ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan sebarang usul 'pelik' pada sidang berkenaan.

"Apa boleh saya buat, saya seorang sahaja," katanya yang ditemui pemberita sebelum persidangan bermula.

Beliau yang merupakan bekas menteri besar menjadi tumpuan ekoran tindakannya yang kerap mengkritik Ahmad Razif.

Laporan akhbar sebelum ini meramalkan beliau akan membuat usul pelik pada sidang DUN kali ini lapor Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails