Wednesday, August 17, 2016

Disindir Azizulhasni, MB Terengganu Tak Terasa Saja Sangatlaa...


BIARPUN gembira dengan kemenangan di Sukan Olimpik 2016, jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang, tetap tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya dengan beberapa pihak yang didakwa tidak menghiraukan keperluan untuk mencapai impiannya.

Dalam status yang dimuat naik ke akaun Facebook rasminya hari ini, Azizul mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman walaupun secara sinis berkata permohonan bantuan yang dikemukakan pihak pengurusannya sebelum ini tidak diberi perhatian.

Bukan sekadar tidak memberikan bantuan, malah permohonan yang dihantar, dipandang sepi Ahmad Razif tanpa sebarang jawapan.

"Terima kasih kerana tidak sudi membelikan sebuah basikal ‘RoadBike’ untuk kegunaan kami dalam persiapan Sukan Olimpik walaupun sudah dihantar proposal lebih kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Rio.

"Terima kasih juga kerana tidak memberik respon dan membisu apabila pengurus saya menghubungi Tuan Menteri Besar," tulis Azizul.

Kata Azizul, ini berkemungkinan dia dan rakan sepasukan kerap berlatih di luar negara sehingga kerajaan negeri terlepas pandang akan keperluan mereka.

Selepas kejayaannya dalam Olimpik, Azizul berharap ia akan membuka mata sesetengah pihak akan sumbangan atlet seperti mereka, sekaligus kembali mengambil peranan untuk membantu menaikkan nama negara dalam arena sukan.

"Apapun yang berlaku, kami tetap bangga menjadi anak jati Terengganu," kata Azizul.

Azizul mengakhiri penantian Malaysia untuk memperolehi pingat dalam acara trek berbasikal di temasya sukan Olimpik Rio dengan membawa pulang pingat gangsa awal pagi Rabu lapor AstroAwani



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails