Wednesday, August 10, 2016

Pilihan Raya Tidak Lama Lagi Musa Hitam Kata


BN akan mengadakan pilihan raya umum "tidak lama lagi" sebelum Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) anjuran Tun Dr Mahathir Mohamad bertapak, ramal bekas timbalan perdana menteri, Tun Musa Hitam.

"Saya nak beritahu anda yang saya fikir BN akan adakan pilihan raya tidak lama lagi.

"Jika benar, cabaran terbesar bagi mereka yang menentang kerajaan adalah untuk bersama dan menjadi kuasa yang padu," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku terbarunya di Kuala Lumpur.

Beliau berkata satu lagi cabaran untuk pembangkang adalah mengenai pengagihan kerusi.

"Mereka mesti menang pilihan raya dan untuk memenangi pilihan raya, mereka mesti (bersetuju) mengenai peruntukan kerusi. Itulah kemuncaknya.

"Mereka mesti mempunyai pendapat yang sama mengenai peruntukan kerusi. Kebanyakan pada masa lalu, ia tidak pernah berhasil," kata bekas timbalan presiden Umno itu.

Musa, bagaimanapun, enggan meneka bilakah tarikh tepat pilihan raya umum akan datang lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails