Monday, July 4, 2016

Shafie Apdal Umum Keluar UMNO


Naib Presiden UMNO yang digantung keahliannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan keluar parti, hari ini.

Mohd Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna mengumumkan demikian pada program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini, sebentar tadi.

Ini kali pertama beliau kembali ke Semporna sejak digantung keahlian UMNO selepas pulang daripada menunaikan ibadat umrah.

Hujung bulan lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.

MT juga sebulat suara memutuskan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada parti kerana melanggar disiplin.

Pada 27 Jun lalu, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti bersama tiga ketua sayap dan 300 ketua cawangan, susulan tindakan MT UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie.

Bagaimanapun, Ketua Puteri UMNO Semporna, Zakiah Kalipunya menafikan beliau keluar parti, sebaliknya menyatakan akan terus setia bersama UMNO lapor Berita Harian



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails