Tuesday, July 12, 2016

Selepas Batu Sapi, Umno Beluran Pula Bakal Ucap Selamat Tinggal?


Keputusan ahli Umno Sabah beramai-ramai meninggalkan parti itu ekoran pengumuman bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga anggota Parlimen Semporna, minggu lalu bertindak keluar parti.

Menurut sumber, tindakan ahli Umno di Beluran yang merupakan salah satu daripada 25 bahagian keseluruhannya di Sabah dijangka dimuktamadkan selewat-lewatnya minggu depan.

Difahamkan keputusan tersebut turut didorong rasa tidak puas hati pemimpin tempatan di Beluran terhadap penguasaan individu dari Kalabakan dalam projek membina jalan raya yang dikatakan bernilai RM30 juta.

Mengulas gelombang pengisytiharan keluar ahli Umno Sabah itu, Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah berkata, fenomena tersebut mengulangi sejarah kejatuhan parti Berjaya yang tumbang di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985.

"Ini adalah permulaan kepada mitos yang Sabah kononnya adalah deposit tetap kepada Umno-BN. 'Fixed deposit' kini sudah bertukar menjadi 'fake deposit' atau deposit yang sudah tamat tempoh," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Beliau memberitahu melalui maklumat daripada beberapa pimpinan Umno tempatan, teori domino yang bakal menyaksikan satu demi satu Bahagian Umno Sabah keluar parti bukan satu perkara mustahil.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) Zulkarnain Mahdar memaklumkan terdapat 25 bahagian Umno di Sabah dengan 5,676 cawangan dan 546,879 anggota seluruh negeri itu.

Untuk rekod, Shafei Apdal yang juga Ahli Parlimen Semporna adalah pengasas Umno di Sabah.

Beliau sebelum ini digantung keahliannya oleh Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi (MT) Umno tanpa dipanggil terlebih dahulu untuk memberi keterangan lapor MalaysiaDateline



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails