Thursday, July 21, 2016

RM381 Juta Tu Hadiah Dari Aabar BV Kata Riza Aziz


Bertuahnya badan dia..macam bapa tiri dia jugak, Bapa tiri dapat derma RM2.6Billion dari Arab.. anak tirinya pulak dapat hadiah sebanyak RM381 juta dari syarikat Aabar BV..

Penderma untuk bapa tiri dia tidak mengharapkan sebarang balasan.. begitu juga pemberi hadiah untuk anak tiri dia..

Kononnya hadiah diberi dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi Aabar AV dan anak tiri Najib tu..

Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, mendakwa dana 1MDB bernilai AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun - yang dia memiliki akses untuknya - adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI, kata Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. 
"(Riza) Aziz mendakwa - termasuk dalam laporan cukainya pada 2012 - wang itu adalah 'hadiah' daripada Aabar BVI," kata laporan itu semalam. 
Menurut DOJ, Aabar BVI - sebuah syarikat didaftarkan di Kepulauan British Virgin dengan nama sama - menerima AS$1.367 bilion wang yang diselewengkan daripada bon 1MDB untuk perjanjian pembelian kuasa pada 2012. 
Daripada jumlah itu AS$238 juta dimasukkan ke akaun syarikat perfileman Riza, Red Granite, di Singapura. 
DOJ mendakwa Riza menggunakan AS$94 juta wang itu untuk membeli tiga harta tanah - dengan setiap satu di New York City, Beverly Hills dan London. 
Dalam saman dikemukakan pihak berkuasa AS itu, DOJ memperincikan bagaikana firma perakaunan berpangkalan di AS, Nigro Karlin Segal Feldstein & Bolno (NKSFB) cuba mendapatkan penjelasan mengenai "hadiah" berkenaan. 
"Dana itu datang daripada seorang pelabur dalam Red Granite Capital, saya tidak dapat mengesahkannya tanpa bukti bahawa ia bukan pendapatan kepada Riza. Firma berada dalam risiko, angka-angkanya terlalu tinggi," kata seorang rakan kongsi NKSF melalui e-mel. 
Pindahan tanpa sebab 
Seorang pengarah urusan di firma itu yang bertindak bagi pihak Riza menjelaskan Aabar BVI adalah "sebuah syarikat pegangan persendirian seorang rakan keluarga" individu terlibat. 
Dia juga menyertakan sekeping surat daripada Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu pengarah Aabar BVI serta ketua pegawai eksekutif syarikat itu ketika transaksi berkenaan berlangsung. 
Kandungan surat itu ialah: "Surat ini bertujuan mengesahkan bahawa pemindahan AS$94,500,000 yang terdiri daripada pindahan kawat pada 18 Jun 2012 untuk BSI Bank Bhd (nombor akaun [XXX] 250A) untuk manfaat Riza Aziz bertujuan sebagai hadiah. 
"Pemindahan itu dibuat tanpa sebarang pertimbangan dan tiada perkhidmatan dijalankan atau hadiah diterima bagi aset. Ini adalah satu pemindahan tanpa sebab dibuat dengan ikhlas berdasarkan hubungan yang rapat peribadi kami." 
DOJ bagaimanapun menafikan hal itu dalam nota kakinya, dengan menjelaskan pada tarikh pemindahan itu berlangsung, Aabar BVI sebenarnya menyalurkan AS$133 juta kepada Red Granite. 
Tambah DOJ dana sebanyak AS$94 juta itu adalah jumlah yang dipindahkan Riza "ke Amerika Syarikat dalam tempoh kira-kira lima bulan dan digunakan untuk membeli aset peribadi". 
Selain digunakan untuk membeli harta tanah DOJ mendakwa dana 1MDB bernilai AS$64 juta digunakan untuk membiayai filem terbitan Red Granite, The Wolf of Wall Street. 
Bagaimanapun Red Granite menafikan tahu sebarang maklumat mengenainya. 
Sejumlah AS$41 juta wang 1MDB juga dikatakan diguna untuk membiayai aktiviti perjudian Riza, hartawan Jho Low serta rakan mereka Eric Tan Kim Loong lapor Malaysiakini 

Ni pertama kali dalam hidup aku, aku dengar ada syarikat yang sanggup berikan hadiah kepada individu yang baik dan rapat terhadap mereka..

Kalau tiga rinngit lapan kupang tu tak pa lah jugak.. tapi ni RM381 Juta.. he..he.. nak perbodohkan siapa ni?



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails