Monday, July 11, 2016

Mana Bantuan Khas RM500 Yang Dijanji Najib Kepada Penoreh Masa PRK Tu?


Dalam program pada 10 Jun itu juga Najib dilaporkan telah berkata.. "Ini (bantuan) bukan kerana pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, kerana kita telah beri bantuan ini pada 2013, 2014 dan ini adalah kali ketiga.

"Kalau ada yang kata bantuan itu disebabkan PRK itu tak betul. Ini soal kebajikan masyarakat luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kejatuhan harga getah 2016.

Pekebun-pekebun kecil menerima sumbangan pada majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Gerah 2016



Daripada keseluruhan 388,111 penerima itu, seramai 1,479 adalah pekebun kecil dari sekitar kawasan Parlimen Kuala Kangsar yang melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM739,500.

Menjelas lanjut, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah keseluruhan penerima itu juga, seramai 307,770 merupakan pemilik pengusaha, manakala bakinya 80,341 adalah penoreh yang tidak mempunyai kebun getah.

"Kerajaan sememangnya mengambil berat keperluan rakyat di mana sahaja mereka berada apatah lagi di kawasan luar bandar yang merupakan penyokong tegar kerajaan sedia ada.

 "Walaupun keadaan ekonomi global lembab, waima apa keadaan sekalipun kerajaan tidak sanggup melihat orang kampung susah tanpa bantuan," katanya.

Najib berkata selaku ketua kerajaan, beliau serta menteri-menteri kabinet yang lain sentiasa membuat perancangan yang rapi dan jitu selain mampu dilaksanakan untuk rakyat.

Tapi.. setelah hampir sebulan berlalu dan Hari Raya Aidilfitri juga telah memasuki hari ke enam.. Baca nih!

Sehingga kini, selepas hampir sebulan diumumkan, kerajaan ternyata masih gagal melunaskan janji memberi bantuan khas (one-off RM500) kepada penoreh dan pekebun kecil getah. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS (LATAS) telah menyatakan sebaik sahaja bantuan khas ini diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa pengumuman PM berkaitan hal tersebut adalah rasuah politik menjelang PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar.

Selain gagal membayar one-off RM500 ini,terdapat juga aduan pekebun getah bahawa bantuan tanaman semula getah yang telah diluluskan selepas pemeriksaan juga tidak dibayar oleh Risda. Kerajaan juga masih gagal membayar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) melalui LGM selepas 7 bulan tuntutan dibuat oleh penoreh.

Pengerusi Risda yang juga Ahli Parlimen Padang Besar (BN) memaklumkan dalam akhbar semalam bahawa Risda sedang mencari jalan penyelesaian akibat kelewatan ini kerana berlaku masalah dalam tuntutan one-off antara pekebun dan penoreh. Beliau mendakwa kononnya ada cubaan menipu oleh penoreh yang membuat tuntutan beberapa kali.

Alasan ini hanyalah dalih terbaru kerajaan kerana borang tuntutan antara pekebun dan penoreh adalah berasingan, berlainan warna dengan syarat-syarat yang ketat.

Tambahan pula, Risda memiliki rekod berhubung hal itu kerana bayaran seumpama ini pernah dilakukan pada tahun 2014. Risda juga memiliki data-data daripada bancian yang dijalankan tahun yang sama.

Tuduhan yang dibuat kepada penoreh ini sangat serius, seolah-olah pihak kerajaan sentiasa betul, cekap dan efisyen- rakyat yang menjadi penoreh sentiasa bermasalah dan tidak jujur.

Berdasarkan trend kegagalan kerajaan membuat bayaran-bayaran yang diumumkan dalam belanjawan negara (IPG), yang dijanjikan oleh Perdana Menteri (one-off), dan bantuan tanam semula yang termaktub dalam Akta RISDA Bil. 85/1972, ternyata masalah sebenar bukan datangnya daripada penoreh.

Ia berpunca daripada pemimpin politik BN/UMNO yang hanya pandai berjanji atas matlamat meraih undi dan sokongan.

Kelemahan agensi kerajaan yang menguruskan hal itu juga berpunca daripada pemimpin politik yang memperkudakan agensi untuk kepentingan politik kepartian mereka, tanpa persiapan yang munasabah.

Adakah kerajaan sekarang sebenarnya tidak memiliki dana yang cukup untuk melunaskan janji dan tanggungjawab mereka? Kalau benar, mengapa penoreh pula yang dipersalahkan?

LATAS mendesak pihak kerajaan segera melunaskan ketiga-tiga kategori bayaran tersebut kepada penoreh tanpa sebarang dalih dan alasan lagi.

Kerajaan tidak wajar sama sekali meletakkan rakyat miskin dari kalangan penoreh dalam situasi bersalah untuk menutup kegagalan pihak kerajaan, sambil memusnahkan harapan mereka yang telah lama menanti bayaran yang dijanjikan kepada mereka.

Muhammad Sanusi Md Nor 
Pengerusi LATAS PAS Pusat.
Asalnya disiarkan di SINI

Hmmm... percayalah lagi...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails