Friday, July 22, 2016

‘Malaysian Official 1’ Laporan Polis Dibuat Bagi Mengesannya..


Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.

"Saya mahu polis siasat nama-nama yang dinyatakan oleh DOJ dan FBI (Biro Siasatan Persekutuan), iaitu, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz dan (ahli perniagaan) Jho Low, serta ‘Malaysian Official 1'.

"Saya mahu polis juga siasat mana perginya wang AS$ 3.5 juta, yang kata FBI, telah dicuri dari 1MDB," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, selepas beliau membuat laporan itu.

Beliau juga memberi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tempoh seminggu bermula hari ini untuk menyiasat laporan yang dibuatnya.

Jika tidak, katanya, Pakatan Harapan dan pelbagai badan bukan kerajaan, NGO akan mengambil "tindakan drastik".

Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada demonstrasi jalanan secara aman, katanya.

Laporan polis juga dibuat bagi pihak pelbagai badan bukan kerajaan dengan wakil mereka turut hadiri di Dang Wangi, kata bekas exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails