Tuesday, July 19, 2016

Kenyataan Media Presiden KeAdilan Isu Pilihanraya Tergempar P. Pinang


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memberitahu bahawa pihaknya belum lagi 'diyakinkan' untuk mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Wan Azizah berkata pihaknya bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu berkenaan.

"Biro politik PKR berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

"Namun pimpinan PKR bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini," katanya..

KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN KEADILAN

Biropolitik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihanraya tergempar (Snap Elections) di Pulau Pinang

Biropolitik KEADILAN berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihanraya tergempar.

Namun, pimpinan KEADILAN bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti kompenan Pakatan Harapan mengenai isu ini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

19 Julai 2016
HQ

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails