Thursday, July 21, 2016

Jangan Buat Kesimpulan Selagi Proses Belum Selesai - Najib


Kes tuntutan yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat merupakan tindakan sivil dan bukan satu tindakan jenayah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, ia juga terhad kepada nama-nama yang disebutkan di dalam laporan DoJ itu sendiri.

"Saya pandang berat apa kenyataan yang dibuat oleh DoJ Amerika Syarikat yang disiarkan malam tadi. Perlulah dijelaskan bahawa ini merupakan tindakan sivil dan bukan tindakan jenayah dan ia terhad kepada nama-nama yang disebutkan dalam laporan DoJ.



"Oleh itu, dari segi Kerajaan, kita akan beri kerjasama sepenuhnya bagi semua pihak badan siasatan peringkat antarabangsa.

"Pendirian kita selama ini, kita tidak mahu melihat apa-apa perbuatan yang boleh melanggari apa-apa undang-undang," katanya semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri Kumpulan Felda, di sini, hari ini.

Najib berkata demikian semasa mengulas kenyataan Peguam Negara AS, Loretta Lynch yang memaklumkan bahawa beberapa individu didapati menyalahgunakan dana syarikat 1MDB dengan memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka.

Lynch turut berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu, kata Najib, semua proses perlulah dihormati selain peluang untuk membela diri.

"Maknanya seseorang itu ada peluang untuk bela diri sendiri atau gunakan proses penghakiman di mahkamah, dan kita tidak sewajarnya, jangan buat kesimpulan selagi proses belum selesai.

"Tetapi maknanya kita pandang serius perkara ini dan kita tidak ingin ada mana-mana pihak salah anggap bahawa kerajaan tidak mahu prinsip good governance, urus tadbir baik ini menjadi satu yang sentiasa diperjuangkan oleh Malaysia," jelasnya.

Laporan penuh bacalah di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails