Thursday, July 28, 2016

Gani Patail Lantik Bekas Ketua Majlis Peguam Untuk Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemuda UMNO


Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah melantik bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan sebagai peguamnya berikutan laporan polis oleh Pemuda Umno yang menuduhnya merancang untuk mengulingkan perdana menteri.

"Ya, saya mewakili Abdul Gani. Saya akan ambil arahan untuk memulakan tindakan undang-undang," katanya kepada Malaysiakini.

Walau bagaimanapun, Ragunath tidak menjelaskan jenis tindakan undang-undang yang akan diambil.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun pada Selasa lalu membuat laporan polis menuduh Gani, bekas gabenor Bank Negara Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkonspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Gani menafikan dakwaan itu dan berkata ia sekadar muslihat untuk mencari publisiti, manakala sedangkan Zeti berkata beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang.

Abu Kassim yang dijadual bersara akhir bulan ini pula berkata, beliau akan mengulas berhubung dakwaan itu tidak lama lagi.

Pada 27 Julai, 2015, perkhidmatan Gani selaku peguam negara ditamatkan atas sebab-sebab kesihatan.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai peguam negara baru, berkuatkuasa 27 Julai tahun lalu lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails