Tuesday, July 12, 2016

Ezam Turut Kritik OSA Diguna Pakai Untuk Laporan 1MDB


Bekas senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini mengkritik pengelasan laporan ketua audit negara berkaitan 1MDB bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Katanya, OSA tidak boleh diguna pakai melainkan untuk melindungi negara daripada ancaman keselamatan sahaja.

“Guna pakai OSA dalam laporan 1MDB jelas salah dan perlu diperbetul,” katanya di Twitter.



Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turut menuntut kerajaan mengubah status laporan itu.

Desakan itu dibuat atas alasan supaya rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar dakwaan penyelewengan wang puluhan bilion ringgit dalam urus niaga 1MDB lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails