Sunday, July 10, 2016

DBKL Menjawab Isu Bendera Koyak


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula kualiti bendera Malaysia yang dikibarkan di sekitar ibu negara berikutan bendera yang dikibarkan di Dataran Merdeka koyak akibat angin dan hujan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata usaha itu perlu diambil agar bendera yang merupakan lambang negara tahan lebih lama, tidak cepat koyak dan 'tahan lasak' berbanding yang sedia ada.

Beliau berkata Jalur Gemilang yang koyak itu telah diturunkan pada Jumaat lepas dan akan diganti dengan yang baharu esok.

"Bendera yang dikibarkan di ibu negara diganti dengan yang baharu setiap tiga bulan," katanya kepada Bernama hari ini.

Mhd Amin mengulas mengenai penyebaran gambar bendera Malaysia di Dataran Merdeka yang koyak melalui media sosial baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bendera itu koyak ekoran angin kuat dan hujan lebat pada Rabu dan Khamis lepas lapor AstroAwani

Apa punya alasan entahlah.. sepatutnya sebelum dibeli dikaji dulu kualitinya tapi yang ni pulak dah terbalik.. dah beli dan guna hingga koyak rabak baru cakap nak kaji.. ha.. ha.. ha..



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails