Tuesday, June 7, 2016

Selepas 3 Hari Penamaan Calon, Poster Calon Amanah Belum Ada lagi?


Ketiadaan poster calon Parti Amanah Negara (PAN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Dr Ahmad Termizi Ramli di sekitar kawasan Parlimen ini, selepas tiga hari proses penamaan calon tidak menjejaskan usaha parti itu memperkenalkan calon kepada pengundi.

Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi, berkata poster dan kain rentang calon parti itu dalam proses untuk disiapkan dan dipasang dalam tempoh terdekat dan ketika ini mereka hanya memasang bendera di kawasan strategik.

Beliau berkata, paling penting sekarang parti itu mengamalkan pendekatan berkempen dari satu kawasan ke kawasan lain, selain ceramah berkelompok untuk memperkenalkan calon dan menyampaikan misi beliau.

"Biarlah parti lain memasang poster dan papan iklan merata tempat, bila mereka penat kita pula bekerja. Kita bekerja secara berperingkat, bukan seperti anai yang merosakkan sebuah rumah hanya dalam tempoh semalam," katanya pada sidang media di Pejabat PAN Kuala Kangsar, di sini hari ini.



Mengenai dakwaan Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kuala Kangsar, Dr Idris Ahmad kononnya tindakan PAN meletak calon di kawasan itu hanya memberi tongkat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), Asmuni berkata, parti itu sepatutnya sedar siapa yang beri tongkat kepada lawan.

"Selepas BN kehilangan tongkat berikutan kekalahan besar parti komponennya seperti MCA, MIC dan GERAKAN, siapa yang datang membantu. Saya tidak perlu sebut parti itu kerana semua orang tahu membuat penilaian," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/161719

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails