Thursday, June 2, 2016

PKR Tidak Perlu Gentar Pilih Bantu Amanah


PKR mempunyai kebebasan untuk memilih bagi membantu Parti Amanah Negara (Amanah) berikutan Pas kini tidak lagi sekuat dahulu apabila mereka berpecah, kata Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib.

Menurut beliau, PKR tidak perlu gentar dengan Pas memandangkan kerusi yang dimenangi parti itu hanya kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti dan kebanyakan kerusi di peringkat Dun mungkin akan beralih kepada Amanah dan PKR selepas ini.

“Saya yakin bahawa Pas tidak akan meninggalkan PKR walaupun parti itu membantu Amanah dalam PRK kali ini.

“Saya melihat Pas sebenarnya tidak berani mengambil langkah meninggalkan PKR kerana Pas tahu bahawa jika mereka mengambil tindakan sebegitu maka Pas akan hilang status sebagai anggota kerajaan negeri di Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan bahawa Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PKR akan memilih parti itu mahupun Amanah untuk membantu gerak kerja PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Md Shukri berkata, Pas perlu menerima hakikat bahawa kemenangan mereka di kerusi Dun Selangor adalah bukan kerana sokongan penuh pengundi Melayu dan Islam tetapi lebih kepada gelombang pengundi Cina yang memilih parti itu kerana persahabatan bersama DAP dan PKR.

“Kebanyakan pengundi yang memilih Pas sebelum ini adalah disebabkan oleh hubungan baik parti itu bersama DAP dan PKR dan mereka harus menerima hakikat mengenai perkara ini,”katanya lapor Sinar Harian



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails