Sunday, June 12, 2016

Kalau Niat Nak Ubah Kerajaan, Jangan Balik Mengundi – Ahmad Maslan


“Payah saya nak rumuskan sokongan pengundi Cina untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar ini.

“Saya dapati calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bersama parti komponen sentiasa bekerja keras untuk tarik mereka menyokong BN dan difahamkan ada perubahan.”

Itu kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan idustri, Datuk Ahmad Maslan ketika melawat pusat media PRK Sungai Besar bersama enam doktor muda daripada Alumni Kelab UMNO Luar Negara.

“Dulu pengundi Cina menyokong pembangkang kerana kononnya hendakkan perubahan kerajaan hasil hasutan pembangkang.

“Sekarang saya tak tahu apa pendirian mereka tetapi jika mereka masih fikir mahukan perubahan kerajaan, saya nasihatkan supata tak payahlah balik mengundi.

“Sebab menang atau kalah, kerajaan BN tetap tidak akan berubah malah tida memberi apa-apa kesan pun,” katanya.

Bagaimanapun harap Ahmad, pengundi Cina akan mengubah pendirian lama dan kembali menyokong calon BN pada PRK ini.

Bercakap tentang Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Ahmad memberitahu keenam-enam doktor terbabit akan dibawa menziarah orang-orang tua dan orang sakit di beberapa PDM di Sungai Besar.

“Ini merupakan sumbangan kecil mereka kepada kerajaan dan sebagi bukti mereka juga adalah penyokong setia kerajaan dari mula belajar hinggalah ke hari ini,” ujarnya ~ MalaysiaGazette



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails