Tuesday, June 14, 2016

Gara-gara Sebut Nak Baling 'Bom Atom' Ke Atas Najib, Rafizi Akan Disiasat Polis


Rafizi dalam satu ceramah di Kuala Kangsar pada 9 Jun lalu memberitahu hadirin supaya menyokong calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli keran beliau seorang ahli fizik nuklear yang berkelayakan.

“... kita mahu hantar dia masuk parliamen, kita mahu dia baling ‘atom bom’ ke atas Najib sebelah sana, mesti meletup,” katanya.

Rafizi dalam responsnya semalam berharap polis tidak memandang serius kenyataannya yang dibuat secara perumpamaan itu... tapi Polis tetap akan siasat..

Hmmm.. entahlah..

Ni sejarah tentang letupan bom atom yang kita perlu tahu..

Kemusnahan akibat letupan bom atom di dua bandar di Jepun Hiroshima dan Nagasaki masih terpahat di ingatan meskipun sudah 70 tahun berlalu. 
Ia sejarah yang pastinya dikenang seumur hidup oleh saudara-mara dan ahli keluarga mangsa sewaktu Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden Harry S Truman membenarkan bom atom digunakan bagi melumpuhkan Empayar Jepun pada Perang Dunia Kedua. 
Pada 6 Ogos 1945, pesawat pengebom Amerika Syarikat B-29 menggugurkan sebutir bom nuklear digelar ‘Little Boy’ di tengah bandar raya Hiroshima. 
Letupan bom setinggi kira-kira 600 meter itu bersamaan dengan 15 kilogram tan bahan letupan tinggi TNT. Kekuatan itu sudah cukup untuk membunuh kira-kira 70,000 orang dengan serta-merta. 
Pada akhir tahun sama, ribuan lagi terkorban akibat cedera dan keracunan radiasi menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh di Hiroshima mencecah 140,000 orang. 
Tiga hari kemudian, pesawat sama menggugurkan bom atom kedua digelar ‘Fat Man’ di kawasan perindustrian bandar Nagasaki. 
Ledakan letupan yang bersamaan 21 kilogram tan TNT itu menyebabkan kematian hampir 75,000 daripada 240,000 penduduk Nagasaki dan jumlah kematian meningkat menjelang akhir 1945 apabila mencapai 80,000 orang. 
Dan radius letupan adalah lebih dari satu batu..

Tentu tak masuk akal kalau kenyataan Rafizi itu dianggap sebagai sesuatu yang serius.. Bom Atom.. bukannya Bom Tangan.. bukannya sekilo atau dua kilo beratnya tapi berpuluh-puluh tan..

Laporan berkaitan..

Polis membuka kertas siasatan berhubung kes membabitkan ceramah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, yang didakwa mengandungi unsur ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan polis berhubung dakwaan itu.

"Siasatan masih diteruskan namun polis akan memanggil beberapa individu termasuk Rafizi untuk memberi keterangan," katanya di Kuala Kangsar, hari ini. 
Rafizi dalam satu ceramah di Kuala Kangsar pada 9 Jun lalu memberitahu hadirin supaya menyokong calon AMANAH Dr Ahmad Termizi Ramli keran beliau seorang ahli fizik nuklear yang berkelayakan. 
“... kita mahu hantar dia masuk parliamen, kita mahu dia baling ‘atom bom’ ke atas Najib sebelah sana, mesti meletup,” katanya. 
Rahim juga memberi amaran kepada ahli-ahli politik dan calon-calon supaya tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun secara bergurau. 
"Ya, walaupun ia gurau, namun ia adalah ugutan, kita akan siasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya..

Laporan penuh sila baca di ( SINI )



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails