Tuesday, June 14, 2016

Calon PAS Yakin Menang Di Kuala Kangsar


“Saya yakin menang dengan kemenangan yang sangat-sangat tipis,” kata calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad berhubung peluangnya dalam PRK kali ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan di pusat pengundian awal di Kuaters IPD Kuala Kangsar hari ini.

Katanya, PAS berjaya memberikan saingan sengit kepada BN sepanjang tempoh kempen yang hanya berbaki empat hari lagi.

“Saya rasa persaingan sengit maknanya (menang) tipis. Mungkin BN pun rasa begitu. (Ini berdasarkan) unjuran terhadap undi yang kita akan dapat.

“Memandangkan ini PRK, mungkin peratus keluar mengundi tidak akan melebihi 75%,” katanya.

Ketua Dewan Muslimat PAS itu bagaimanapun tidak menyentuh berhubung peluang AMANAH, parti yang dilihat menjadi seteru utamanya dalam PRK ini.

Katanya, kedatangan Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu kempen AMANAH tidak akan memberikan kesan yang besar.

“Pengaruh Azmin hanya di Selangor, Sungai Besar berbanding di Kuala Kangsar,” katanya.

Azmin yang dilihat kurang memainkan peranan dalam kempen dua PRK ini dijadualkan berkempen di Sungai Besar pada hari ini dan Jumaat, manakala di sini pada Khamis lapor FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails