Thursday, June 16, 2016

Bukan RM12 Juta Tapi RM18 Juta Untuk Bebas 4 Mangsa Culik.. Tapi Zahid Kata Tiada Bayaran Dibuat?


Laporan penafian oleh Zahid mengenai dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyat Malaysia ni semalam disiar oleh Utusan.. tapi hari ni dah tak ada dah..

Berikut adalah laporan tersebut yang aku jumpa di SuaraTV.. bacalah!!

KUALA KANGSAR – Timbalan Perdana Menteri menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyatnya oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina. 
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada rundingan berkaitan pembayaran dipersetujui di antara pihak polis kedua-dua negara dengan penculik. 
“Jika ada tuduhan bayaran tertentu telah dibuat untuk membebaskan kesemua tebusan, ia bukan dalam bidang pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewakili kerajaan Malaysia,” katanya. 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Himpunan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Kuala Kangsar di Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) di sini hari ini ~ SuaraTV

Sebenarnya.. bukan bebas macam tu saja.. kena bayar RM18Juta wang tebusanlaaa..

Kira-kira RM18 juta digunakan untuk membebaskan empat pemuda Sarawak yang diculik Abu Sayyaf, menurut sumber yang dipetik China Press. 
Ahli keluarga mangsa culik semalam memaklumkan RM12 juta diserahkan kepada polis, namun kumpulan penculik itu dipercayai tidak berpuas hati dengan jumlah itu. 
Difahamkan RM18 juta dibelanjakan secara keseluruhan termasuk kos rundingan dengan penculik yang dibiayai ahli korporat. 
Semalam, Datuk Lau Cheng Kiong, bapa saudara mangsa culik termuda, Johnny Lau Jung Hien dan wakil keluarga empat tebusan itu mendedahkan, wang derma sebanyak RM12 juta dimasukkan ke dalam 12 peti besi untuk dihantar ke Bank Hong Leong di Sandakan mulai jam 4 petang, 24 Mei lalu. 
Jelasnya, wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik sampah oleh dua anggota polis Cawangan Khas (SB) dari Sandakan sebelum diangkut ke Balai Polis Sandakan pada jam 6 petang hari sama. 
Difahamkan, wang tebusan RM12 juta itu terdiri daripada pajakan dua rumah keluarga mangsa yang berjumlah RM1 juta, sumbangan orang ramai sebanyak RM9 juta dan RM2 juta lagi daripada syarikat perkapalan empat tebusan itu. 
Polis Sabah dan Bank Hong Leong di Sandakan yang dihubungi China Press enggan mengulas berhubung pengeluaran dan penghantaran wang tebusan itu. 
Sementara itu, perunding yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu menegaskan, Abu Sayyaf tidak mungkin melepaskan tebusan tanpa sebarang bayaran. 
Jelasnya, penculik hanya menerima wang tunai yang ditukarkan kepada mata wang peso dan dihantar menggunakan bot ke kubu Abu Sayyaf di Pulau Jolo. 
Sumber dari Filipina pula memberitahu, wang tebusan yang dibayar untuk membebaskan empat rakyat Malaysia itu sekurang-kurangnya berjumlah RM18 juta termasuk kos perjalanan, makanan, penginapan, gambar, panggilan telefon dan orang tengah. 
Jika mangsa culik jatuh sakit, penculik akan meminta kos perubatan daripada keluarga mangsa dan mereka tidak menerima ubat-ubatan yang dikirim keluarga sebaliknya akan membeli ubat berdasarkan senarai yang diberikan keluarga mangsa. 
Tambahnya, rundingan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf amat rumit dan mungkin berdepan penipu, justeru proses mengenal pasti orang tengah memerlukan masa dan wang. 
Media sebelum ini melaporkan wang tebusan yang diminta penculik adalah 300 juta peso (RM30 juta), sebelum dikurangkan kepada 180 juta peso (RM18 juta). 
Adik-beradik, Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29, bersama sepupu mereka, Johnny yang berusia 21 tahun dan rakan sekerja, Wong Hung Sing, 34, diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lalu sebelum dibebaskan pada 8 Jun lalu ~ FMT

Tengok video ni.. kering saja dia kencing kita..

 

Apa yang dia nak cover ni??



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails