Monday, June 13, 2016

Berdosa Dan Celaka Jika Pilih Wakil Rakyat Salah, Kata Hadi


“Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu ceramah di Sungai Besar malam semalam. 

Meskipun dinyatakan secara umum, kita sudah boleh menduga arah manakah pandangan itu dimaksudkan oleh Haji Hadi.

Maksud yang tersirat membawa makna 'celaka dan berdosa sesiapa mengundi selain calon parti PAS' atau enggan memilih calon PAS.

Dulu pada tahun 1981 dengan amanatnya UMNO dikafirkan manakala sesiapa yang menyokong PAS akan masuk Syurga.

Sekarang siapa yang sokong PH berdosa pulak... UMNO dah tak di kutuk nya lagi, yang jadi sasaran nya ada lah DAP.

Atau mungkin juga boleh ucapan Haji Hadi ini boleh diterjemahkan sebagai undi PAS sama dengan undi UMNO/BN..

Sebab katanya lagi.. "ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang."

UMNO/BN pun kan dah sokong RUU yang Haji Hadi bentangkan kemudian tangguhkan itu.. siap bagi laluan lagi untuk dipercepatkan lagi..

Laporan berkaitan..



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada pengundi di Sungai Besar bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini. 

Katanya, memilih wakil rakyat adalah satu tanggungjawab. 

“Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita,” katanya pada satu ceramah di Sungai Besar malam semalam. 

PAS sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah pada akhirat termasuk memasuki syurga. 

Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Hadi bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang. 

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Pilihan raya kecil Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi, dan calon AMANAH Azhar Shukur. 

Hadi berkata calon-calon PAS, termasuk Dr Rani adalah jujur serta bertanggungjawab kerana telah melafazkan sumpah bai'ah bagi memastikan mereka tidak menyimpang dari prinsip-prinsip parti Islam itu. 

“Kalau khianat akan dilaknat oleh Allah “Sebab itu wakil PAS tak makan dedak walaupun orang tabur dedak,” katanya, merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Bekas perdana menteri itu sebelum ini berkata bahawa beliau telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi “apa yang dia nampak ialah dedak." 

Menurut Hadi, sumpah bai’ah itu adalah mengapa wakil PAS tidak pernah terbabit dalam mana-mana skandal rasuah, termasuk yang melibatkan banglo.



Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails