Monday, June 13, 2016

Bendera Amanah Mengelirukan, PAS Buat Aduan Rasmi SPR


PAS akan membuat aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang ini berhubung penggunaan bendera Parti Amanah Negara yang disifatkan mengelirukan.

Peguam PAS, Mohd Zamri Ibrahim, berkata berdasarkan logo dikeluarkan SPR, parti serpihan PAS itu sepatutnya menggunakan logo berwarna oren, namun bendera dipasang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini memaparkan logo berwarna putih.

Walaupun peraturan berkenaan penggunaan bendera tidak diperjelas secara terperinci di dalam buku Tataetika Pilihan Raya, namun beliau khuatir penggunaan logo secara sesuka hati ini boleh memberikan implikasi kepada perjalanan kempen.

"Kami hanya mahu dapatkan kepastian sama ada ia dibenarkan atau tidak oleh SPR. Berdasarkan semakan kita dengan SPR, memang wujud perbezaan warna digunakan di bendera dan logo rasmi disenarai SPR.

"Jika penggunaan seumpama ini dibenarkan, kita khuatir pada masa depan, akan berlaku pengubahan pada logo secara sesuka hati. Contohnya calon Bebas menggunakan simbol pokok, dia boleh corakkan gambar pokok itu mengikut cita rasa dia," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau dan wakil calon PAS, Ali Juhari Ahmad mengadakan pertemuan dengan wakil SPR bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu penggunaan warna itu di Pejabat Daerah Kuala Kangsar, di sini.



Berdasarkan maklum balas SPR dalam pertemuan itu, Zamri berkata, rungutan dibawa pihaknya dilihat mempunyai asas tertentu untuk dipertimbang dan memerlukan satu tindakan oleh SPR. 

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/163826

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails