Tuesday, May 10, 2016

SPR Mesyuarat 13 Mei Bincang PRK Parlimen Kuala Kangsar, Sungai Besar


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Ia akan membincangkan tarikh-tarikh penting Parlimen berkenaan seperti Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain.

SPR dalam kenyataannya berkata mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Kekosongan kedua-dua kerusi Parlimen itu berlaku selepas Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon meninggal dunia akibat nahas helikopter pada 5 Mei lalu di Sebuyau, Sarawak.

Tambah SPR, pemakluman kekosongan kerusi itu telah dimaklumkan oleh Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada Isnin 9 Mei lalu lapor AstroAwani


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails