Wednesday, May 25, 2016

Rafizi Diminta Bawa Bukti Rasuah Ke SPRM


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PKR, Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Ahali Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.

"Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi.

KENYATAAN MEDIA 
Mesyuarat Biropolitik KEADILAN pada malam ini telah membincangkan isu berkait perkara yang dibangkit sdr Rafizi Ramli dalam satu mesej WhatsApp beberapa hari lalu. 
Biropolitik telah membuat ketetapan bahawa sdr Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Pada masa yang sama, Biropolitik akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti. 
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
24 Mei 2016 

Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat...

Apa yang perlu kita tahu ialah..jelas Rafizi Ramli, dakwaan mengenai salah laku rasuah di Selangor tidak ditujukan kepada mana-mana individu yang berkhidmat untuk kerajaan negeri..

Dan dakwaan tersebut juga tidak melibatkan mana-mana wakil rakyat dalam dewan undangan negeri Selangor.

Jadi janganlah terlalu mudah menyalahkan Azmin...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails