Friday, May 27, 2016

Pengarah Pendidikan Rupanya Yang Arah Guru Bertepuk Tangan..


Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengakui beliau menggesa guru-guru bertepuk tangan sebagai amalan menyerikan sesuatu majlis rasmi.

Shafruddin Ali Hussin juga mengakui beliau menulis mesej Telegram yang menggesa sekolah-sekolah menjalankan latihan bertepuk tangan, termasuk sewaktu perhimpunan.

“Apa yang saya minta cikgu lakukan, ia merupakan satu permintaan dalam kumpulan tertutup (menggunakan aplikasi Telegram) antara saya dan pengetua serta guru besar,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini.



“Permintaan guru untuk bertepuk tangan merupakan satu cara untuk menceriakan sesebuah majlis sama ada di dalam atau luar sekolah.

“Mudah-mudahan amalan yang baik ini menjadi ikutan pelajar-pelajar,” katanya seperti dilapor portal rasmi negeri TeganuKita.my, yang turut memasukkan salinan mesej Telegram beliau.

Mesej itu antaranya menggesa sekolah menghantar “bukti bergambar” kepada beliau. “Mohon tindakan tuan-puan, tiada pengecualian, terima kasih,” pengarah itu mengakhiri mesejnya pada Selasa.

Shafruddin mengulas sebaran di media sosial semalam yang menuduh beliau bertindak tidak wajar terhadap guru-guru susulan rungutan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman di majlis sambutan Hari Guru Terengganu, Selasa lalu.

Salinan mesej Telegram pengarah pendidikan itu, kepada 81 pengetua dan guru besar, kemudian menjadi viral apabila ia dianggap sebagai satu hukuman terhadap guru-guru.

Menurut laporan Star Online pula, Shafruddin membacakan kenyataan bertulis dan enggan menerima sebarang soalan wartawan di sidang media tersebut.

Lima guru besar menjalankan latihan semalam seperti diarahkan kerana mereka “tiada pilihan” kecuali mematuhi arahan tersebut, lapor portal itu lagi.

Laporan penuh sila baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails