Tuesday, May 31, 2016

Parti Baru Pulakdah Akan Bertanding Di Kuala Kangsar.. Syed Saddiq Jadi Calonnya?


PRK di Kuala Kangsar semakin meriah dengan beberapa nama calon disebut-sebut dan paling terbaru, parti Generasi Baru (GenBaru) menawarkan pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tempat untuk bertanding di PRK itu menggunakan tiket GenBaru.

Semalam, parti itu menulis di Twitter mereka bersedia melantik Syed Saddiq selepas mengadakan mesyuarat majlis tertinggi untuk berbincang mengenai PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Kami bersedia melantik @SyedSaddiq sebagai calon dalam PRK Sg Besar atau KK jika dia berminat,” kata parti itu.

Dalam reaksinya, Syed Saddiq berkata beliau tidak akan bertanding di PRK.

“Saya rendah diri (dengan tawaran itu) tetapi tidak saya tidak akan menerimanya,” katanya kepada The Star Online.

Setakat ini, katanya parti itu juga masih belum menghubunginya.

Syed Saddiq berkata beliau tidak berminat untuk bertanding kerana ia akan memecahkan undi dan terdapat banyak cara lain untuk menyumbang dalam dua PRK itu, seperti turun padang untuk berkempen.

“Tetapi apa yang saya pasti akan lakukan adalah turun ke peringkat akar umbi untuk melobi dan berkempen di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya kepada The Star Online.

Syed Saddiq baru menamatkan ijazah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Parti GenBaru diasaskan bekas pemimpin MIC dan PKR S Gobi Krishnan. Parti itu ialah satu daripada 20 parti politik yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan pada 2013.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang akan berlangsung pada 18 Jun, dengan penamaan calon pada 5 Jun ini susulan kematian penyandangnya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, awal bulan ini lapor FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails