Friday, May 20, 2016

Nizar Calon PH Di Kuala Kangsar?


Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mewakili Pakatan Harapan (PH) bertanding di PRK Kuala Kangsar.

Menurut sumber yang dipetik China Press, Nizar yang merupakan Timbalan Pengerusi AMANAH Perak adalah salah seorang calon di kerusi Parlimen itu.

Nizar ketika dihubungi akhbar itu bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan, sebaliknya beliau berkata segalanya akan terjawab pada Ahad ini.

PH dijadual mengadakan mesyuarat pada Ahad ini untuk membincangkan perkara berkaitan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar bagi menentukan parti dan calon yang akan mewakili pembangkang pada 18 Jun nanti.

Meskipun PAS telah menyenarai pendek enam calon untuk dua PRK itu, namun ia dikatakan tidak akan menjejaskan keputusan yang akan dibuat PH nanti.

Nizar berkata, AMANAH akan mengadakan ceramah politik di Kuala Kangsar dan masa serta maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan diadakan serentak pada 18 Jun nanti dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun ini.

Ia susulan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau 5 Mei lalu lapor FMT


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails