Monday, May 23, 2016

Mahathir Akan Turun PRK Untuk Tumbangkan BN?.. Boleh Ke ?


“Tun Mahathir kata dia nak turun Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” kata bekas pemimpin akar umbi UMNO Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

<!-more-->Matlamat Tun turun berkempen dalam dua PRK ini ialah untuk memastikan calon-calon BN kalah dalam lain ayat membantu Pembangkang memenangi PRK tersebut..

Tapi hakikatnya andaikata pertembungan tiga penjuru berlaku dalam PRK tersebut.. biarpun Mahathir membawa bersama rakan-rakannya iaitu Tan Sri Sanusi Junid, Tun Daim Zainuddin, Datuk A. Kadir Jasin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Mukhriz Mahathir.. BN tetap tidak akan kalah..

Nak menang macam mana?.. kalau undi yang dulu pembangkang dapat nak kena pecah dua pulak?

Lagi satu.. kalau Tun turun berkempen dia nak ceramah dipentas siapa Pembangkang atau BN?

Kalau dipentas Pembangkang bagaimana ucapan Tun boleh mempengaruhi ahli-ahli UMNO untuk menolak BN sedangkan mereka tidak akan hadir untuk mendengar ucapan Tun dipentas Pembangkang..

Takkanlah Calon BN akan benarkan Tun berucap dipentas mereka kot??

Kalau Tun tidak boleh bercakap secara terus kepada penyokong-penyokong atau ahli-ahli UMNO sendiri bagaimana beliau boleh mempengaruhi mereka untuk tidak menyokong BN?

Tidak seperti Sarawak, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan turut berkempen menentang BN dalam dua pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

“Tun Mahathir sudah kata dalam kenyataan terbuka.

“Tun Mahathir kata dia nak turun Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” kata bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ditanya sama ada beliau akan berkempen untuk Pakatan Harapan, Khairuddin menjawab:

“Nampaknya begitulah kerana Tun Mahathir sangat konsisten. Dia kata apa pun kena kalahkan BN.

Malah, kata Khairuddin, jika PAS bertanding pun sokongan harus diberikan kepada parti Islam itu.

Kerusi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, yang dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu kosong berikutan kematian anggota parlimennya dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pilihan raya kecil untuk kedua-dua kawasan itu akan diadakan pada 18 Jun depan ~ Malaysiakini

Belajarlah dari PRN Sarawak.. letak tepi dulu semua ego yang ada dalam diri tu.. utamakan kepentingan rakyat bukannya kepentingan diri..

Aku kata ANDAIKATA.. sebab rundingan masih belum selesai.....



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails