Tuesday, May 17, 2016

Kurang Guna Motosikal Untuk Elak Kemalangan Maut?


Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menyeru orang ramai agar mengurangkan penggunaan motosikal untuk bersiar-siar bagi mengelakkan kemalangan maut yang semakin meningkat.

Ketua Pengarah JKJR Abd Ghafar Yusof berkata 62 peratus daripada 6,706 kes kemalangan maut yang berlaku pada tahun lepas membabitkan motosikal.

“Kita mahu perkara ini diberi perhatian kerana jika kita berjaya mengurangkan penggunaan motosikal sebanyak 10 peratus, kita jangka dapat selamatkan 400 nyawa setahun.

“Penggunaan motosikal itu bukan dihalang kerana ada keluarga yang hanya memiliki kenderaan itu sahaja, tetapi penggunaannya boleh dilakukan jika perlu dan dalam keadaan terdesak sahaja bagi mengelak risiko kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya di sini, hari ini.

Pada majlis itu, JKJR turut menyumbang sebanyak 60 topi keledar termasuk 30 topi keledar khusus untuk kanak-kanak kepada penunggang motosikal di jajahan tersebut.

Abd Ghafar berkata ibu bapa perlu melengkapkan anak-anak kecil mereka dengan topi keledar bagi mengelak risiko kehilangan nyawa ketika kemalangan berlaku.

“Topi keledar untuk kanak-kanak juga perlu mempunyai tahap keselamatan yang dibenarkan bagi mengelak ia pecah ketika kemalangan berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya melarang anak mereka yang tidak mempunyai lesen daripada menunggang motosikal lapor FMT



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails