Tuesday, May 10, 2016

Kami Belajar Dari PRN Sarawak Untuk Hadapi PRU - Wan Azizah


Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan bahawa PKR akan belajar daripada kelemahan dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya telah meminta kepimpinan untuk mengenal pasti kelemahan, untuk belajar dari kelemahan kita dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membetulkan strategi dan kemampuan organisasi kami dalam pertarungan besar akan datang: PRU14.

"Ini ialah apa yang boleh saya tawarkan dan berjanji bahawa kita perlu pulihkan parti dan lebih bersedia untuk pertarungan akan datang demi keadilan," kata beliau dalam satu kenyataan selepas melawat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Anwar yang juga ketua umum PKR dikejarkan ke hospital malam tadi akibat tekanan darah tinggi.

Wan Azizah berkata beliau memahami perjuangan pembangkang semasa pilihan raya negeri Sarawak akibat 'kekurangan sumber dan ugutan' dan percaya mereka telah melakukan yang terbaik.

"Saya berdoa bahawa kami akan diberikan kekuatan sebagai pembangkang dan mereka yang cuba memperkecilkan usaha-usaha kami membawa pembaharuan ke Sarawak.

"Saya percaya bahawa kami boleh dan akan mengatasinya," katanya lapor Malaysiakini


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails