Thursday, May 19, 2016

'Jangan Tekan Kami Macam Budak Tak Berakal, YB' - Afdlin Shauki


"Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan?" tanya Afdlin Shauki khusus kepada ahli-ahli yang berhormat di parlimen ketika mereka bersidang lagi sekarang.

Pengarah, pelakon dan ahli perniagaan berjaya itu mengulas pendirian pihak berkuasa yang boleh mengenakan larangan terhadap individu memburuk-burukkan kerajaan.

Laporan itu ada disiarkan Malaysiakini semalam.

Menurut Afdlin, sepatutnya sebuah negara yang mengamalkan demokrasi membenarkan rakyatnya bersuara jika ada sesuatu yang dirasakan tidak kena pada kerajaan.

"Bukankah itu hak asasi kita sebagai manusia?" katanya.

Menurut pelakon lelaki terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 itu, dia terbaca berita mengenai hak yang ada pada pihak berkuasa melarang sesiapa yang dirasakan pernah menegur kerajaan untuk ke luar negara.

Dalam situasi begitu Afdlin mempersoalkan sama ada negara ini hanya menjadi hak kerajaan semata-mata.

"Bagaimana dengan hak rakyat?" katanya.

Semalam Malaysiakini melaporkan sesiapa saja yang dianggap memburuk-burukkan kerajaan boleh dihalang - selama tiga tahun - daripada meninggalkan negara ini.

Jika pelaku itu adalah warganegara Malaysia yang berada di luar negara pula mereka boleh dikenakan larangan sama apabila pulang ke sini.

Sumber memberitahu Jabatan Imigresen Malaysia menguatkuasakan peraturan itu sejak beberapa bulan lalu dalam langkah dianggap bagi "melindungi imej negara".

Lepas ini apa

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi pula mengesahkan kewujudan peruntukan tersebut, sambil menegaskan memiliki pasport Malaysia adalah "satu keistimewaan" dan bukan "hak" pada seseorang.

Katanya kerajaan mempunyai budi bicara untuk mengeluar, menangguh atau membatalkan pasport seseorang.

Menurut Afdlin kenyataan bahawa pasport adalah "keistimewaan" dan bukan "hak" kepada rakyat negara ini menunjukkan seolah-olah semua orang tidak ada hak sebagai rakyat Malaysia dan ia adalah "kurniaan" daripada kerajaan.

"Kenapa sampai macam ni YB-YB (yang berhormat, merujuk kepada ahli parlimen) semua.... Kenapa awak nak orang membenci lagi kerajaan?

"Lepas ni apa pulak tetuan? Bukankah kerajaan demokrasi tu adalah satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal rakyat?

"Tetuan-tetuan semua, awak semua adalah pekerja yang bekerja untuk rakyat, bukan organisasi untuk menakut-nakut dan menekan rakyat.

"Saya sangat tak setuju dengan statement (kenyataan) yang di buat ini.

"Bantulah rakyat! Jangan tekan kami macam kami semua budak-budak tak berakal tuan tuan..." katanya.

Afldlin mengakhiri status itu dengan sinis: "Jika saya silap sila betulkan saya, saya cuma pelawak je." lapor Malaysiakini



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails