Wednesday, May 18, 2016

Hmm.. Betullah Kata Mahathir Ni..


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang tidak mampu menang di mana-mana pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan depan.

Perkara itu dinyatakan beliau selepas mengambil kira kegagalan pembangkang bersatu dalam pakatan dan buktinya ketara ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini, yang mana PKR hanya memperoleh tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala DAP pula tujuh kerusi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perpecahan pembangkang itu akhirnya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memenangi pilihan raya.

"Pembangkang tidak boleh memang jika mereka berpecah-belah, tindakan mereka berpecah semasa sendiri menyebabkan mereka kalah di Sarawak. 

"Jadi, pembangkang akan selamanya kalah, BN pula akan menang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Dewan Centennial Sultan Abdul Halim di Kolej Sultan Abdul Hamid, dekat sini, pagi tadi.

Majlis itu disempurnakan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Yang turut berangkat ialah Tunku Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff; Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim lapor Berita Harian



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails