Friday, May 27, 2016

Hadi Tidak Bentang Usul Hudud, Kata Najib


Rang undang-undang persendirian yang dibentang oleh ahli parlimen Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bukan untuk pelaksanaan hudud, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 bertujuan memberi lebih kuasa kepada mahkamah tersebut.

“Kita sudah beritahu rakan-rakan Barisan Nasional, ada salah faham yang besar.

“Pertama, apabila Abdul Hadi membentang rang undang-undang persendirian itu, mereka ingat beliau membawa isu hudud.

“Saya hendak beritahu pindaan itu bukan undang-undang hudud,” katanya, mengulas bantahan parti-parti komponen BN hari ini.

“Ia [usul pindaan] menambah hukuman, menaikkan [jumlah] rotan, ini melibatkan mahkamah syariah dan hanya melibatkan orang Islam.”



Laporan penuh silalah baca di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails