Wednesday, May 4, 2016

Bloomberg Lapor Beberapa Akaun Dibeku Di Hong Kong Berikutan Siasatan Terhadap 1MDB..


Memetik sumber-sumber yang enggan dinamakan, syarikat media yang berpusat di New York itu, melaporkan bahawa individu-individu yang tidak dinamakan itu, disiasat oleh negara-negara di luar Malaysia. 

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada pihak berkuasa Hong Kong telah mengarahkan akaun-akaun itu dibekukan atau sama ada bank-bank itu bertindak atas kehendak mereka sendiri. 

Sementara itu, agensi anti-rasuah Hong Kong dan pihak polis berkata mereka tidak mengulas mengenai kes-kes individu.

Pada September tahun lepas, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap satu siri deposit yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini, lapor Financial Times, adalah berkenaan dengan deposit bank lebih AS$250 juta yang didakwa dibuat di cawangan Credit Suisse di sana.

1MDB telah menjadi subjek pelbagai siasatan, dari Singapura hingga ke Switzerland....



Kat atas tu adalah sebahagian dari laporan Malaysiakini yang disiarkan di SINI

Laporan penuh oleh Bloomberg silalah baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails