Thursday, May 12, 2016

Betul Ke Apa Yang Ali Tinju Kata Pasal Jamal Ikan Bakar Ni?


Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom tidak gentar dengan ugutan Datuk Jamal Md Yunos, sebaliknya beliau mencabar Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu bertumbuk di gelanggang yang sesuai.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ali Tinju hari ini membuat laporan polis mendakwa Jamal menghubunginya petang semalam dan mengugut akan memukul serta menembaknya, ekoran kenyataannya bahawa BN akan kalah teruk jika Jamal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti.

“Saya nak nasihat Jamal jangan sombong dan ego dengan pistol yang kamu ada, negara ini ada undang-undang, tindakannya itu memalukan parti, kalau Jamal tembak mati ahli UMNO, tembak mati saya sebagai panglima Datuk Seri Najib, siapa yang nak jaga Datuk Najib dan Datin Seri Rosmah?

“Saya tidak ada kepentingan kenapa nak tembak saya? Saya Ali Tinju tidak goyang, kalau Datuk Jamal nak bertumbuk cari gelanggang bertumbuk dengan saya, kalau dia anak jantan, jangan fikir kamu ada duit kamu boleh bayar orang, kami NGO ini bukan bodoh.

“Saya nak ulang lagi sekali, kalau Datuk Jamal bertanding di PRK Sungai Besar, rakyat ibarat telah memilih seorang samseng dalam politik UMNO dan BN, malah Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak pernah ajar ketua UMNO bahagian jadi samseng,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Tidak cukup dengan bidasan itu, Ali Tinju turut mendakwa Jamal pernah menyerahkan pistolnya kepada orang lain ketika Perhimpunan Baju Merah pada 16 September tahun lalu.

“Saya mohon IGP menarik balik lesen yang diberi kepada Datuk Jamal, sebab beberapa isu saya lihat sewaktu Himpunan Baju Merah hari itu, Datuk Jamal mengeluarkan pistol dan memberi kepada orang lain untuk menjaga pistol tersebut.

“Kalau semua ketua bahagian ada pistol, tak puas hati angkat pistol tembak, mana ada undang-undang dalam Malaysia macam itu, sebab itu setiap ketua bahagian dia mesti tahu undang-undang, tetapi Datuk Jamal ini ego, sebab itu saya minta tarik balik lesen dia,” katanya.



Pada masa sama, Ali Tinju turut menuduh hasil kekayaan dan harta Jamal datangnya daripada bantuan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

“Saya harap anak-anak muda jangan tertipu dengan Datuk Jamal, dia hidup pun sebab Datuk Noh Omar, kalau tidak ada Noh Omar siapa Jamal kita tidak tahu.

“Malah dalam Himpunan Baju Merah juga berjuta dia dapat bukan kita tidak tahu dan dia upah budak-budak sekolah bagi RM50 dan makan nasi bungkus,” katanya.

Video berkaitan sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails