Wednesday, May 4, 2016

Akhirnya.. Lembaga Penasihat 1MDB Dibubarkan


Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB yang dipengerusikan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Ini adalah satu daripada langkah yang diambil kementerian itu sebagai pemegang saham tunggal 1MDB.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, “selepas satu kajian terperinci dan pertimbangan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) bersetuju melaksanakan sepenuhnya syor-syor yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung 1MDB.

Selain pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB, syor lain dalam laporan PAC adalah:

Pemilikan Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, tanah di Air Itam dan Pulau Indah dipindahkan kepada MKD.

Pemansuhan Artikel 117 dan semua rujukan “Perdana Menteri” ditukar kepada “Menteri Kewangan” dalam memorandum dan artikel 1MDB.

“Sejajar perubahan dalam tadbir urus dan pemindahan aset, MKD dengan ini mengesahkan penerimaan peletakan jawatan Lembaga Pengarah 1MDB berkuat kuasa 31 Mei 2016.

“MKD akan melantik ahli-ahli lembaga baru dalam masa terdekat untuk mencerminkan profil perniagaan yang terhad dalam 1MDB,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Arul Kanda Kandasamy akan kekal sebagai Presiden 1MDB sehingga diberitahu kelak.

“Beliau akan terus memberi tumpuan kepada mandat tertentu untuk melaksanakan pelan rasionalisasi yang akan termasuk resolusi pertikaian kontrak dengan IPIC baru-baru ini.”

IPIC adalah International Petroleum Investment Company yang ditubuhkan kerajaan Abu Dhabi pada 1984 untuk melabur dalam sektor tenaga dan sektor berkaitan di seluruh dunia lapor FMT


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails