Friday, May 13, 2016

Ahli Parlimen Jelebu Dikejarkan Ke HKL


Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainuddin Ismail, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari Hospital Jelebu selepas dilaporkan tidak sedarkan diri di rumahnya di Kuala Klawang tengah hari tadi. 

Pengarah Hospital Jelebu, Dr. Serina Sidek berkata, Zainudin telah dibawa ke HKL pada kira-kira pukul 1.40 petang tadi

“Buat masa ini (sehingga jam 4 petang), saya difahamkan beliau belum sedarkan diri di wad kecemasan HKL.

“Doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian itu,” kata Ketua UMNO Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang. 

Beliau turut meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai penyakit Zainuddin, sebaliknya menunggu hasil pemeriksaan doktor lapor BNBBC



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails