Tuesday, April 5, 2016

Tanpa UMNO, MARA Terkubur.. MARA Terkubur, Melayu Tersungkur - Najib Kata (Video Inside)


Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan terkubur sekiranya UMNO tidak lagi memegang pemerintahan negara.

Perdana Menteri berkata, kekuasaan UMNO selaku parti pemerintah amat penting bagi memastikan agensi itu terus hidup membantu orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“MARA lahir dari perut siapa? UMNO… Tanpa UMNO tak mungkin MARA wujud. Saya hendak kata yang hakikatnya, MARA tak akan berkubur selagi UMNO berkuasa. Itu yang betul.



“Tanpa UMNO, MARA akan terkubur dan MARA apabila terkubur, orang Melayu akan tersungkur, Bumiputera akan tersungkur.

“Sebab itulah macam mana pun, kita mesti jaga UMNO. Tiada UMNO tiada MARA. Tiada MARA tiada jutaan orang Melayu dan Bumiputera. Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO, jangan bersekongkol dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam majlis berkenaan, Perdana Menteri menyenaraikan sebahagian daripada lima inisiatif MARA untuk tempoh 50 tahun akan datang yang bertujuan memperkasa orang Melayu dan Bumiputera.

Antaranya penubuhan MARA Corporation Berhad, mewujudkan Rural Capital Berhad, Universiti MARA (UniMARA) dan menggantikan Yayasan Pelajaran MARA dengan Yayasan MARA.

Najib turut mengumumkan pertukaran nama Jalan Semarang di sini, kepada Jalan MARA bersempena dengan sambutan itu ~ FMT

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails