Friday, April 15, 2016

Selepas Bertemu Najib, 'Pelaburan' Bertukar Menjadi 'Derma' Pulak.. Kenapa?


Hari ini golongan-golongan pemakan dedak dari golongan 'Blogger' yang pernah dianggap oleh Najib sebagai bodoh hingga ke Menteri yang dilantik atas kapasiti bijak membodek Najib gembira tak terhingga dengan satu laporan dari Bernama.

Tanpa berfikir panjang.. Azalina dengan bangganya mengatakan ini bermakna semua dakwaan terhadap Najib adalah palsu belaka manakala Setiausaha Akhbar Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad terus menyalahkan Tun Mahathir dan media-media barat serta menggesa mereka memohon maaf kepada Najib.

Yang Bernama laporkan ialah..

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir hari ini mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia.

Kerana terlalu gembira mereka sebenarnya telah terlupa.. kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Arab Saudi adalah bercanggah dari kenyataan awalnya mengenai AS$681 Juta itu..

Pada Februari lalu dalam satu temubual bersama New York Times beliau telah mengatakan wang berjumlah AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib bukannya ‘derma’, tetapi ia adalah wang pelaburan di Malaysia.

“Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia,” kata Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir.

Laporan itu turut memetik kenyataan seorang kerabat rapat dengan keluarga diraja yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata wang itu disahkan datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma.

Bagaimanapun, kerabat itu mempersoalkan jumlah wang itu tetapi berkata dana tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.

Itu kenyataannya sebelum bertemu dengan Najib seperti yang dilaporkan kebanyakkan media tunggangan UMNO..

Sebelum itu, Adel mengadakan pertemuan dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 

Persoalannya disini.. ialah mengapa sebelum bertemu Najib Menteri Luar Arab Saudi itu mengatakan wang yang masuk akaun Najib itu ialah pelaburan.. tetapi setelah bertemu Najib wang tersebut dikatakan sebagai derma pula?



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails