Tuesday, April 12, 2016

Pusat Khidmat Ramasamy Dilontar Molotov Cocktail


Pejabat Pusat Khidmat ADUN Prai, Prof P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang di Taman Chai Leng Park, dilontar molotov cocktail, awal pagi ini.

Kejadian disedari pengurus pejabatnya, R Subramaniam, 60, yang terdengar bunyi letupan sebelum memeriksa kawasan kaki lima premis dua tingkat itu, pada kira-kira 3 pagi.

Katanya, dia ternampak api di bahagian pintu masuk tingkat bawah pejabat.



"Saya kemudian menghubungi rakan saya memaklumkan kejadian. Dia membuat laporan di Balai Polis Chai Leng Park.

"Kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di pejabat ini sejak saya saya mula bekerja beberapa bulan lalu,” katanya ~ MyMetro



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails