Thursday, April 7, 2016

Pelik Ni.. Najib Tak Tahu RM42 Juta Dari SRC Masuk Akaunnya.. SRC Pulak Tak Tahu Siapa Arah RM42 Juta Itu Disalur Ke Akaun Najib?


Siapalah yang mereka cuba hendak perbodohkan ni?.. Dulu Najib pernah dilaporkan berkata beliau tidak tahu RM42Juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya oleh SRC International..

Oleh itu nama Najib dibersihkan oleh Peguam Negara yang baru dilantiknya bagi menggantikan Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatan atas alasan kesiahatan tapi kemudiannya dilantik sebagai Lembaga Pengarah Sarawak Hidro walaupun sakit..

Bagaimanapun, peguamnya Datuk Hafarizam Harun 21 Januari lalu, memberitahu pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bahawa Najib menafikan dakwaan bahawa wang RM42 juta itu disalurkan ke akaunnya.

"Anak guam saya tidak akan memberi sebarang jawapan atau membuat apa-apa pendirian sehingga siasatan selesai. 
"Bagaimanapun bagi tujuan mengulas, anak guam saya menafikan dakwaan bahawa RM42 juta daripada SRC itu dimasukkan ke dalam akaun peribadinya,"

Tapi Apabila diberitahu bahawa Najib telah mengakui menerima RM42 juta dalam jawapannya kepada Ling, Hafarizam memberitahu pemberita beliau perlu menyemak jawapan itu terlebih dahulu... kah..kah..kah

Menurut jawapan yang diberikan Najib kepada Ling, Najib dikatakan mengakui wang berjumlah RM42 juta itu berada dalam akaunnya. 
Najib berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai dakwaan bahawa wang tersebut disalurkan melalui dua perantara seperti yang didakwa oleh Ling. 
Najib merujuk kepada jawapan Ling yang berkata media melaporkan bahawa RM42 juta dari SRC International disalurkan kepada akaun AmPrivate Banking Najib melalui perantara - Ganding Mentari dan Ihsan Perdana.

Hari ni pulak.. dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.. SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai maklumat mengenai siapa yang memberi arahan untuk menyalurkan RM42 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laporan berkaitan..

SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai maklumat mengenai siapa yang memberi arahan untuk menyalurkan RM42 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Najib berkata demikian atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis di parlimen semalam. 
"SRC tidak mempunyai sebarang maklumat berkenaan isu ini dan ia juga adalah berdasarkan laporan berita oleh sebuah portal yang tidak dapat ditentukan kesahihan sumber berita. 
"Di bawah peraturan mesyuarat 23 (1) (i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu pertanyaan yang meminta penerangan berkenaan perkara di dalam surat khabar," katanya dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. 
Zuraida meminta Najib mendedahkan individu dalam SRC yang telah mengeluarkan arahan supaya RM42 juta disalurkan ke akaun Najib ~ Malaysiakini

Kah.. kah.. kah.. woit!! hangpa ingat ni transaksi bernilai empat ringgit dua kupang ka?.. ini transaksi bernilai RM42,000,000.00 laaa..

Macam mana boleh sebuah syarikat boleh dengan mudahnya memindahkan RM42,000,000.00 dari akaunnya masuk ke dalam akaun peribadi orang lain tanpa sebarang arahan?

Lainlah kalau dah dibuat auto debit.. tapi auto debit pun perlukan arahan bukannya automatik ikut suka mak bapak dia saja...

Mustahil juga duit berjumlah RM42,000,000.00 itu melompat-lompat keluar dengan sendirinya dari peti besi atau akaun SRC International kedalam akaun Najib..

Tapi kenapa pulak duit dari SRC International tu nak melompat-lompat keluar dari akaun SRC International ke dalam akaun Najib?

Kalau nak buat kebajikan kan lebih baik melompat-lompat masuk ke dalam akaun rumah-rumah anak yatim yang bersepah-sepah tu...



Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails